Thursday, July 16, 2015

Salam Aidilfitri

Disaat ni, tuan tanah masih di ofis dan menunggu jam 1pm untuk caucincau. Orang lain ada yang dalam perjalanan atau ada juga yang dah sampai kampung. Tapi tuan tanah rilek je. Maklumla kampung tu ha kat Kuala Selangor je. Kasik chance la orang yang raya jauh jauh untuk cuti. Ni kali kedua tuan tanah nak masak rendang sendiri. Kalau dulu dulu arwah Abah yang masak rendang. So hari ni tak tau la apa akan jadi dengan rendang tu. Wish me luck bebeh.  

Di kesempatan ni jugak tuan tanah nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua, minta maaf kalau ada tersalah kata, terguris perasaan ataupun terkasar gurau selama menjadi penulis blog & pembaca blog korang. Hati hati di jalan raya. Extra sabar. Bukan kita je atas jalan raya tu. Almost semua orang nak balik kampung atau bercuti time ni. Jangan potong queue, jangan guna lorong kecemasan. Kakjem libas korang nanti. Hahaha. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Buat open house jangan lupa jemput. 

Ok bye!

Wednesday, July 15, 2015

Aston at Kuningan Suites, Jakarta

Assalamualaikum. Hello.

Nak share tentang Aston at Kuningan Suites yang tuan tanah duduk sepanjang berada di Jakarta pada bulan Januari/Februari lepas. Gila lagging entry kan.


So previous entry pernah cakap hotel ni telah diriki oleh datin maimon. Kami telah membayar dengan harga RM993 untuk 4 hari 3 malam untuk apartment 2 bilik termasuk sekali dengan breakfast untuk 4 orang.


Suasana hotel ni nampak macam mewah & selesa. Mungkin sebab tak ramai orang sebab hotel ni bukan terletak di kawasan tumpuan pelancong.


Eventhough hotel ni agak besar, nak share juga pasal lift dorang. Memang muat kitorang 4 je. Even tak sebesar lift kat Concorde Shah Alam tu. Tapi tak pernah la sampai kena tunggu lama ke untuk guna lift. 

maafkanlah abalong itu.



 Masuk je bilik terus nampak meja makan dan living room. Memang spacious gila. Jangan kata 4 orang, 10 orang pun sesuai duduk sini. According tu abalong, sofa tu comfortable. Maklumla itu la lokasi hibernasi dia sepanjang trip ni.


On left side ada dapur, ada provide microwave, fridge & even dapur. Periuk belanga semua ada disediakan. Tapi oleh kerana kitorang dah jatuh title jutawan kat sana, dapur ni dipandang sepi je. 




Ni rupa bilik utama. Luas bilik ni siap ada satu corner untuk gantung gantung baju dan untuk letak luggage. 


Yang ni 2nd room yang consist of 2 single beds. Takdak tv. Tapi ada lemari & lemari mekap. Bilik utama takdak uols. Meja tulis tulis ada la.



Part ni macam ada pros and cons. Two different room for shower & toilet. Bagusnya, kalau sorang mandi, sorang boleh buat bisnes. Tapi tak praktikal juga bila dia bukan bersebelahan. Worry not, toilet dia ada pipe hose. Kot la korang terus nervous sebab bila tuan tanah cakap 2 bilik ni bukan bersebelahan. Hehehe

Ok ni summary sepanjang tuan tanah menginap disini


  1. Hotel ni bukan terletak di jalan utama, so agak susah untuk kitorang cari hotel ni pada hari pertama. Signage pun kurang. Agak menggagau juga cari sampai kena bukak waze sendiri sebab pak supir pun duk pusing sana sinun beberapa kali. Korang tau la Jakarta ni kan macet sentiasa.
  2. Ada lebih kurang 10 anak tangga korang kena daki untuk sampai ke lobby dari main entrance dia. Yes dorang ada provide parking kat basement tapi tuan tanah kurang pasti kemudahan untuk disabled people. Tuan tanah pun tak nampak sebarang wheelchair ramp dari main entrance untuk ke lobby. 
  3. Takdak sign kiblat. Sejadah will be given upon request. Tapi zaman sekarang kan canggih. Pakai je app dari hp. Tapi make sure double confirm.
  4. The bed & pillow were super duper comfortable. Memang kalau ikut hati tak nak bangun dah kalau sekali dah baring.
  5. 65 TV channels provided untuk TV dorang. 1 kat living room & 1 kat bilik utama. 
  6. Varieties of breakfast menu. Mainly western breakfast. Tapi tak dilupa nasi & keropok.  Dorang ada juga section untuk non-halal. Jangan risau ada tanda nama untuk setiap menu. 
  7. Staffs sangat friendly dan helpful. Ada satu kali kitorang order delivery makanan padahal kitorang belom sampai hotel pun. Receptionist ambil inisiatif untuk call kitorang tanya. 

 Overall, tuan tanah happy duduk sini & ni merupakan salah satu tempat penginapan yang agak besar tuan tanah pernah pergi. Selama ni duduk tempat selalunya limited space almaklumla limited budget. Tapi kan kitorang jutawan. Tarak hal lah. Kepada sesiapa yang tak berapa untuk duduk diluar sedikit dari town, boleh la cuba duduk kat sini. Especially pada yang pergi dalam satu kumpulan besar. Spacious room & good value for money.

Friday, July 10, 2015

Part 2: Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan Selain Dari Sukarela

Assalamualaikum, annyeonghaseyo! 

Gitulah saja menyemarakkan lagi kerinduan terhadap tempat yang dirindui. Macam mana persiapan raya korang? Berapa banyak jenis kuih raya korang buat? Tuan tanah semua tunjuk je. Siap ada yang tak sempat raya rasanya. Duk ngap tanpa henti. Tapi takpalah dari membazir kan.

By the way terima kasih Duta JJCM kawasan Putrajaya dan seantero dengannya atas pemberian kad raya yang hebak lagi dabom tu. Nantikan sticky note dari kakjem tahun depan ye #tetaptaknakkalah. Pada yang nak tahu macam mana rupa kad raya tu boleh la refer sini ye. 

Ok jangan buang masa. Jom sambung entry lepas : Part 1: Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan Selain Dari Sukarela

Lepas korang dah dapat laporan puspakom, korang boleh terus pergi JPJ untuk urusan tukar nama. Isi borang sesiap. Haritu tuan tanah bawa je sijil mati arwah abah. Manala tahu in case dorang nak. 

Serahkan semua original dokumen yang tuan tanah cakap dalam previous entry hari tu berserta dengan wang sebanyak RM100 sekali. Mereka akan terus update dibahagian belakang geran dengan nama pemunya yang baru. Dorang cuma akan keluarkan geran baru dengan nama pemunya baru bila geran tu dah penuh. Selagi tak penuh, memang geran tu nama pemunya lama & nama pemunya baru hanya di update dibahagian belakang saja. 

Tuan tanah sarankan korang pergi buat urusan tukar nama ni masa insurance & roadtax dah expired. So tak perlu susah nak cancel insurance lama sebelum buat insurance baru. Macam tuan tanah pegi JPJ hari last sebelum insurance & road tax expired. Cuma kena tunggu sampai roadtax lama expired, baru boleh renew roadtax atas nama pemunya baru.  

Korang tak boleh buat insurance kat myeg tau. Sebab ni macam dikira issue insurance baru. Macam tuan tanah, tuan tanah direct call Etiqa Takaful untuk buat insurance ni. NCD dengan owner lama dengan serta merta terbatal dan back to square one. Melainkan korang ada ncd dari mana mana kereta lain yang korang nak transfer lah. 

Pihak insurance suggest tuan tanah insured sebanyak RM13,000 dengan bayaran insurance RM630.72. Maklumlah kereta tahun 2004. Bila dah clear insurance, baru renew roadtax ye. Kalau nak mudah lagi, tepi tepi kaunter JPJ tu confirm ada agent insurance yang duduk menanti sesapa yang nak buat dengan dorang. Pun boleh juga. Takyah nak buat banyak kali kerja kan. 

Overall sebenarnya urusan ni mudah je. Cuma consume masa sikit. Tak memerlukan extra tenaga pun. Pernah sekali tuan tanah call runner office untuk tanya harga diorang charge untuk buat ni. Diorang minta RM450 untuk urusan Puspakom & JPJ. Tak termasuk insurance & roadtax ye. Padahal kos tuan tanah hanyalah RM131.80 (Puspakom RM31.80 + JPJ RM100)

Terpulang juga pada individu. Pada yang tak kisah atau rasa proses ni renyah, boleh je upah runner buatkan. Macam puspakom tu, korang boleh juga panggil puspakom datang ke tempat korang. Tak payah nak beratur bagai. Premier Mobile Inspection namanya. Cuma memang kena call at least seminggu awal untuk dorang arrange booking. Puspakom inspection tu tetap sama dengan harga RM30 tapi ada extra RM100 untuk service dorang buat pemeriksaan kat tempat kita. 

Tips lagi satu, puspakom hanya check tinted, no chassis, no engine & apa apa penyambungan kat kenderaan. So janganlah risau pasal kereta tak cuci ke tayar botak ke ataupun kereta dah nak roboh pun. 

Selamat berhujung minggu. Till then. #muahciked

Wednesday, July 08, 2015

Part 1: Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan Selain Dari Sukarela

Assalamualaikum. Hoi hai. 

Hari ni tuan tanah nak kongsi ilmu yang baru baru ni tuan tanah belajar. Seperti yang korang maklum abah tuan tanah dah meninggal dunia Januari 2014. Arwah abah ada tinggalkan sedikit harta untuk kami termasuklah kereta.

Untuk pengetahuan korang, pihak JPJ hanya benarkan tempoh 2 tahun untuk korang selesaikan proses penukaran nama. Dalam masa 2 tahun tu jugak korang boleh renew insurance seperti biasa & masih under nama si mati. Tapi untuk road tax pulak korang hanya boleh renew setiap setengah tahun & hanya boleh diperbaharui di kaunter JPJ sahaja. Tak boleh kat post office ke myeg ke tau. 

Tukar hak milik kenderaan pulak terbahagi kepada 2 iaitu:
  • Tukar hak milik secara sukarela 
          Melibatkan perjanjian antara penjual & pembeli. 
  • Tukar hak milik selain dari sukarela 
          Tukar milik kenderaan yang ditarik balik atau pemilik kenderaan sudah meninggal dunia

Jadi dalam kes tuan tanah, jatuh kepada Tukar Milik Selain Dari Sukarela.

Mula mula sekali kalau si mati ada tinggalkan wasiat, mungkin lebih mudah procedure nya. Tapi untuk kami sekeluarga, kami mohon di pejabat tanah dibawah department Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Ni mungkin tuan tanah akan terangkan dalam entry lain ye. Bila dah selesai proses agihkan harta mengikut nama, korang akan dapat satu surat yang ada kebenaran mahkamah. Simpan elok elok tau. 

Kembali ke topik asal. Untuk korang tukar hak milik kenderaan di JPJ, korang kena ada beberapa dokumen penting. Boleh tengok kat website JPJ atau boleh tengok rumusan tuan tanah kat bawah ni. Insya Allah saling bantu membantu. 

1. Borang JPJ K3A yang telah diisi dan ditandatangani oleh pemunya baru (penerima pusaka)
2. 2 salinan TM-3 (tuan tanah isi dua borang)
3. Salinan ic pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A (kena bawa original ic sekali             untuk pengesahan thumb print)
4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2/Geran)
5. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
    a. Perintah Mahkamah; atau
    b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
    c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
    d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil
6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa
7. Wang tunai sebanyak RM100

Sebelum korang pegi JPJ, korang wajib bawa kenderaan tu ke Puspakom untuk pemeriksaan & pihak Puspakom akan keluarkan laporan B5 selepas pemeriksaan. Laporan tu korang kena bawa sekali semasa proses tukar nama di JPJ nanti. 

Untuk buat pemeriksaan ni korang kena call atau email pihak puspakom untuk booking slot waktu korang nak bawa kenderaan. Korang boleh refer sini untuk tengok cara cara nak booking. Selepas beberapa kali call asyik tak dapat je, tuan tanah email je for booking. Isi sesiap borang dan tulis tarikh yang nak pergi. Tak sampai setengah jam dorang dah reply & set kan ke tarikh yang berdekatan dengan tarikh yang tuan tanah nak pergi. Kira dah penuhlah la kot slot yang tuan tanah nak.

Sila bawa geran untuk proses pemeriksaan puspakom ye. Macam tuan tanah, buat kat Puspakom Padang Jawa. Masuk je main gate (bukan gate yang nak pergi JPJ tu ye. ni yang berdepan dengan Restoran Pelita kat Alam Avenue tu) ada satu post guard. Parking kat tepi kejap dan pegi kat post guard tu. Bagi geran & cakap kat kakak/abang yang bertugas tu nak buat inspection untuk tukar nama. Dia akan beri 2 borang untuk isi. Lepas isi dia akan cop bagai pastu boleh la terus bawak kereta dan beratur ikut lorong yang betul.

Time ni tuan tanah salah lorong. Nervous punya pasal. Nasib ada satu pakcik teksi yang tengah beratur beritahu. Lorong untuk kereta persendirian di lorong paling kanan ye. Masa ni memang nervous sebab pertama kali & semuanya lelaki kat sini. Memang urusan ni lebih sesuai dibuat oleh lelaki kot. Ramai yang dah keluar dari kenderaan dan lepak lepak satu kumpulan. Kakjem je gigih dengan aircond & kunci pintu. Haha. Rasanya dorang ni kebanyakkan nye runner. Siap boleh gerakkan je kereta orang lain even tuan kereta tu takde. 

Tengah tengah beratur ni tuan tanah nampak brother kereta belakang ni tengah gigih cabut tinted kereta. Terus panik. Nampak tak gelap pun. Apsal dia cabut. Tak lama lepas tu abang tu dah keluar kereta menuju ke depan. Tuan tanah apa lagi. Menggunakanlah muka yang bajet suci ni dan bertanya. Terus abang tu suruh cabut tinted cermin depan kat dashboard ni. Katanya cahaya kena masuk 70% ke atas untuk cermin hadapan. Dengan sekelip mata abang tu cabutkan tinted kereta tuan tanah. Pehh senang betul bakar duit. kihkihkih

Adalah dalam 40 minit beratur baru sampai ke satu lagi post guard untuk bayar inspection fee. Keluar je kereta, bagi geran & 2 borang yang tadi korang dah isi tu. Bayar RM31.80 (RM30 fee + GST RM1.80) dan terus gerak ke laluan no 6.  Resit simpan. Lepas dah bawa kereta ke lorong 6, keluar dari matikan engine, biarkan kunci kat dalam & korang keluar dari kereta ye. Tunggu kereta korang untuk diperiksa. Tak sampai setengah jam dah siap. Korang kena tunjukkan resit tadi untuk ambil balik geran & laporan pemeriksaan bersama kunci kereta sekali. Laporan ni hanya valid sebulan je tau. Selesaikan segala urusan dalam tempoh tu tau.

Nota Penting: Pastikan segala ejaan dalam laporan puspakom tu betul especially no engine, no chassis. Mesti sama dengan geran korang tau. Kalau tak betul, sila suruh dorang print baru. Kalau tak, nanti korang kena datang buat inspection baru. Gigih lagi ke nak beratur lagi sekali? 

Ok dah dapat laporan pemeriksaan, balik rumah berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Nanti tuan tanah share info cara cara tukar nama kat JPJ tu ye. 


Till then. XO. 

Friday, July 03, 2015

GBS - Berbuka Puasa

Assalamualaikum. Hello hai.

Rabu lepas tuan tanah dapat luangkan masa berbuka dengan kawan kawan. Last minute sebenarnya. So mana yang available je yang datang. Semuanya berpunca dari tuan tanah yang paling payah untuk keluar tanpa pelepasan cuti dari rumah. Kena arrange dengan abang either dia balik ke rumah atau hantar datin ke rumah abang. 

Oleh kerana last minute tuan tanah available for berbuka puasa diluar bersama kawan kawan, kitorang decided nak jumpa kat Sunway Pyramid. Last minute & haruslah susah nak book tempat sebab selalunya tempat kalau nak book either kita kena duduk situ atau nak kena order & bayar sesiap. So sudahnya kami berbuka kat Wendy's sebab tu je yang kosong.


Service dia alahai. Memang jauh 10 tiang dari McDonalds. Slow sungguh. Macam tak pernah berdepan dengan ramai customer dalam satu masa. Dah order katanya nanti dia hantar. Sampai nak berbuka pun tak hantar & bila kita pi mintak, kena queue dengan orang beratur order pulak. Lagi sakit jiwa bila bukan murah ye menu dia. Lebih mahal dari McD.


Dari situ kitorang singgah ngopi pulak kat Coffea Coffee. Macam macam topik kitorang borak, nganjing & mengumpat. Maklumla, waktu siang kena simpan dalam hati je. Bila dah berbuka je, semua perangai syaitonnirrajim keluar. Padahal syaitan bukan kena ikat? So taktau nak salahkan sapa dah,

Cuba teka mana satu tuan tanah punya.

Oklah, Happy weekend everyone!